RSS

JOM NYANYI






Kita dapat tengok di radio-radio, paparan televisyen, internet dan surat khabar... betapa ramai artis-artis yang dilahirkan menerusi program-program pencarian bakat seperti Akademi Fantasia, Malaysian Idol dan sebagainya. Tetapi apa agaknya ciri-ciri atau kriteria-kriteria yang diperlukan untuk menjadi seorang penyanyi dan penghibur yang terbaik terbaik.

Saya memilih 4 faktor utama seperti berikut:

1. VOKAL: CELINE DION
Seorang penyanyi dianggap bagus sekiranya dia pandai mengawal vokalnya. Contoh-contoh penyanyi yang mempunyai vokal yang baik adalah Misha Omar, Zaina Zain, Siti Nurhaliza, Aisyah, Anuar Zain, Hazami, Vince, Nora.

2. MORAL: SITI NURHALIZA
Siti Nurhaliza terkenal sebagai penyanyi yang sangat bermoral dan disegani. Dia pernah pada suatu masa (pada awal penglibatan) mengatakan bahawa dia tidak akan bergambar dengan mana-mana artis lelaki. Dragonizer sangat-sangat menghormati Siti Nurhaliza. Gaya percakapannya kelihatan bersahaja dan tidak angkuh. Begitu juga dengan Noraniza Idris dan Misha Omar. Ada ramai lagi, cuma sekadar menyebut beberapa nama.

3. INTERAKSI: salah satu daripada 4 ciri penghibur yang baik.  
Susah juga nak melabelkan artis-artis yang paling bagus dari segi interaksi sebab ramai artis Malaysia yang berupaya berinteraksi dengan baik.

4. PERSEMBAHAN: NORANIZA IDRIS
Noraniza Idris dan Tiara Jacqualina adalah antara dua penghibur terbaik. Antara elemen-elemen persembahan adalah kerjasama, kemahiran menari, keharmonian, kesesuaian tema yang dibawa dan kejelasan mesej yang hendak disampaikan iaitu bagaimana si penyanyi mempersembahkan lagu. Justeru, si penyanyi perlu memiliki penghayatan yang tinggi semasa menyampaikan lagu kepada pendengar.

0 comments:

Post a Comment